Musim peperiksaan spm telah pun tiba,dimana ia merupakan peperiksaan terakhir bagi sesorang pelajar di sekolah.Setiap orang akan merasai sendiri pengalaman menduduki peperiksaan ini bagi mereka bersekolah sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi manakala bagi mereka yang menamatkan pembelajaran mereka hanya di peringkat ini,maka ini merupakan peperiksaan terakhir untuk mereka.Kebanyakkan orang berpendapat bahawa keputusan spm merupakan tanda aras hala tuju kearah mencapai cita-cita seorang pelajar,samaada mampu atau tidak untuk merealisasikan cita-cita mereka.Malah keputusan spm juga penting untuk ke menara gading.
Bila bercakap mengenai spm,aku terimbau kembali saat aku menduduki peperiksaan ini.Aku menduduki peperiksaan ini pada tahun 2011 dalam bulan November.Aku telah mengambil 9 subjek pelajaran iaitu5 subjek teras dan 4 subjek tambahan.Oleh kerana,di sekolah tiada tempat yang bernama dewan peperiksaan maka dengan rasminya,aku terpaksa menjawab peperiksaan dalam kelas.Di sepanjang peperiksaan berlangsung,Alhamdulilah aku tidak menghadapi sebarang masalah seperti masalah kesihatan.Saat itu,aku sering tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran bagi subjek yang keesokkannya.
Namun,ia sudah 2 tahun berlalu.Kini tiba giliran adik aku pula untuk menghadapi peperiksaan ini.oleh itu aku ingin mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan kepada adik aku.bacalah soalan dengan teliti dan buatlah yang terbaik.

No comments:
Post a Comment