Terengganu mempunyai banyak makanan tradisi.mugkin disebabkan rakyat terengganu yang suka makan,maka wujudlah makanan-makanan ini.Antara makanan tradisi terengganu ialah nasi dagang,kerepok lekor,satar dan pelbagai kuih yang mempunyai nama yang sangat unik seperti puteri mandi,asam gumpal,tepung gomok.
![]() |
Tepung gomok |
![]() |
asam gumpal |
![]() |
kerepok leko |
nasi dagang |
![]() |
puteri mandi |
Setiap kali aku balik ke terengganu makanan tradisi yang aku wajib jumpa ialah nasi dagang.sebab berdekatan kat rumah aku ada beberapa kedai yang menunya mesti jual nasi dagang tambahan pulak atuk aku sangatsuka makan nasi dagang,jadi sarapan aku mesti ada nasi dagang walaupun sekali.
Biasanya jika hari perayaan biasanya menunya adalah nasi dagang sebab mak aku akan sediakan nasi dagang sebagai juadah kami sekeluarga.jadi aku tahu serba sedikit rasa menyediakan nasi dagang sebab selalu jugak tolong mak aku menyediakannya.
Bahan-bahan utama yang diperlukan untuk menyediakan nasi dagang ini biasanya beras pulut,beras biasa,ikan tongkol,santan dan segala rempah ratus yang aku kurang pasti namanya sebab terlalu banyak jenis rempah-ratus yang ada.
untuk menyediakan nasi dagang ini agak rumit sebabnya beras biasa yang telah dicampur dengan sedikit beras pulut perlu dikukus beberapa kali sebelum digaulkan bersama dengan santan dan sejenis rempah-ratus sebelum terhasilnya nasi dagang tpi,sebelum itu,beras pulut perlu direndam beberapa jam sebelum dikukus untuk menambah keenakannya.bagi jenis makanan tradisi lain aku kurang pasti tentang cara penyediannya mahupun bahan-bahannya sebab mak aku jarang menyediakannya.yang pastinya ke semua makanan ini sangat mudah untuk diperolehi.kebanyakkan pasar biasanya ada menjualkan kesemua ini
No comments:
Post a Comment