Apabila tajuk perkhawinan menjadi topik perbualan pasti ramai yang ingin memberi respon masing-masing.biasanya antara respon yang diberikan ialah barang apa yang nak dijadikan sebagai hantaran,umur yang sesuai untuk khawin,tema yang menjadi idaman untuk majlis masing-masing dan pelbagai lagi.Pasti ramai yang memimpikan majlis perkhawinan yang meriah dan menjadi kenangan terindah buat mereka dan disenangi oleh semua tetamu yang hadir.
Kini ada beberapa rancangan televisyen yang mensiarkan rancangan yang melibat majlis perkhawinan kerabat diraja,anak-anak menteri mahupun artis-artis negara.setiap perkhawinan yang disiarkan pastinya sangat menarik dan mengagumkan kerana keunikan tema mereka serta kemeriahan majlis perkhawinan mereka.dan yang paling menjadi perhatian penonton ialah wang hantaran yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit malaysia.satu angka yang sangat besar.Biasanya barang hantaran turut menjadi perbualan penonton yang menyaksikannya kerana barangnya yang mewah dan berjenama seperti ipad,iphone,motorsikal dan lain-lain serta gubahannya yang unik dan kretif
Semestinya,setiap majlis perkhawinan yang disiarkan dalam tv mempunyai seorang perunding perkhawinan dari segi pakaian pengantin,pelamin serta makanan yang sesuai yang perlu disediakan kepada tetamu yang hadir.biasanya tugas penasihat ini mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pasangan.perjalanan majlis ini bergantung kepada kecekapan perundingan tersebut.
Namun bagi aku,ini semua sangat membazirkan kerana lebih baik wang itu digunakan selepas perkhawinan untuk beli rumah dan keperluan lain.seeloknya majlis perkhawinan diadakan secara berserdahana sahaja.
 |
hantaran yang menjadi idaman setiap orang
|
 |
hantaran yang unik
|
 |
pelamin mewah |
 |
pelamin bertemakan musim sejuk |
No comments:
Post a Comment