![]() |
peta laluan ke puncak |
Apabila tengah terfikir-fikir apa yang aku nak tulis dalam blog ni.Tiba-tiba memori lama terimbau kembali iaitu pada tahun 2007,pada ketika itu aku baru sahaja menjejak kaki ke sekolah menengah.dimana saat itu aku berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang lebih kepada extream iaitu berpeluang untuk mendaki gunung yang terletak di salah satu daerah di negeriku yang tercinta.Nama gunung tersebut ialah gunung tebu.walaupun nama gunung ini kurang komensil namun keindahannya sangat menarik perhatian.itu merupakan pengalaman pertama aku melakukan aktiviti lasak sebegini.Aku ke sana dengan rombongan sekolah tempat kakak aku mengajar.
Pada mulanya aku tidak bercadang untuk mendaki gunung ini dan hanya sekadar untuk tunggu di bawah sahaja bersama-sama beberapa orang guru wanita yang tidak turut serta mendaki.Namun tiba-tiba seorang guru pengiring lelaki menyuruh aku untuk sama-sama mendaki.kumpulan kami berkhemah dahulu satu malam di kaki gunung itu dan keesokkannya barulah aktiviti mendaki dimulakan.Di sepanjang pendakian aku sangat terpukau dengan keindahan semulajadi gunung tersebut,malah aku dapat merasakan bahawa gunung masih bebas daripada diterokai oleh manusia.tiada kesan berlaku penebangan pokok di gunung tersebut.Air sungainya yang sangat bersih dan apa yang membuatkan aku paling terkejut apabila aku mendapat tahu bahawa air sungai yang mengalir di gunung tersebut boleh dijadikan air minuman.Pada mulanya aku agak was-was untuk minum namun apabila aku mencubanya aku dapat merasakan berapa segar aku selepas meminumnya kerana airnya yang sangat sejuk seperti air yang dimasukan ke dalam peti sejuk.aku pernah menjumpai sebelum ini dan juga selepas daripada itu.Namun,Sekarang aku pasti adakah ia sama seperti pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana.
![]() |
dasar sungai dapat dilihat disebabkan kejernihan airnya |
Seterusnya pengalaman ini jugak mengajar aku untuk bersama-sama rakan pasukan dalam susah dan senang iaitu dimana pada waktu malam kami disuruh untuk membuat barisan dari tempat khemah didirikan sehinggalah ke sungai untuk mengambil air untuk dibuat memasak dan minum.malah pendakian ini jugak mengajar aku untuk makan ikan sadin yang sebelum itu memang bukan makanan kesukaan aku.ketika di atas sana aku merasa makanan itu sangat sedap karana hanya ada makanan itu untuk dimakan.
Sesunguhnya pengalaman ini banyak mendedahkan aku kepada semangat dalam berkumpulan walaupun aku bukan salah seorang peserta seperti mereka dan walaupun aku lebih muda daripada mereka ketika itu.teteapi mereka dengan baik hati melayan aku seperti ahli kumpulan mereka dan sanggup menerima aku dalam kumpulan mereka.
![]() |
jarak yang perlu aku tempoh untuk sampai ke puncaknya |
No comments:
Post a Comment