Minggu ini aku rajin sikit untuk turun kat padang untuk melakukan aktiviti riadah boleh dikatakan senaman setelah hampir satu semester aku tidak pernah turun ke padang meskipun ada je kawan yang ajak aku keluar joging petang-petang di sekitar kolej aku.Namun aku menolak ajakannya itu kerana malas dan mungkin jugak kurang kesedaran dalam kecergasan tubuh badan.Tetapi minggu ini segalanya berubah kerana minggu ini aku turun sendiri ke padang tanpa perlu diajak ataupun dipaksa oleh orang lain.Semua ini gara-gara hoki dimana aku perlu berlatih bermain hoki bagi mewakili kolej aku dalam Sukem yang akan berlangsung pada 1 disember tambahan pulak aku tidak pernah ada pengalaman berkaitan hoki,jadi aku kene rajin turun berlatih.itu sukem?Sukem ialah bertandingan sukan diantara kolej-kolej didalam UKM.
 |
pakaian yang digalakkan ketika bermain hoki |
Bagaimana,aku boleh terjebak dalam sukan hoki ini ialah disebabkan aku kesian kat kawan aku yang tengah cari orang untuk bermain permainan ini.kalu orang masih tak cukup ketika itu.kolej terpaksa manarik diri daripada permainan ini.nak kata aku ada pengalaman dalam bermain hoki ini memang tak pernah sentuh.selain itu,aku masuk hoki sebagai salah satu cara aku untuk mempelajari sukan ini.
Disebabkan,hari pertandingan semakin hampir,jadi aku perlu berusaha dengan lebih keras dengan meluangkan masa untuk berlatih supaya dapat menguasai permainan ini.Akhir sekali aku berharap dapat menaikan nama uo dan berjaya membawa pulang pingat kemenangan.
No comments:
Post a Comment