-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Friday, November 29, 2013

HOKI

Minggu ini aku rajin sikit untuk turun kat padang untuk melakukan aktiviti riadah boleh dikatakan senaman setelah hampir satu semester aku tidak pernah turun ke padang meskipun ada je kawan yang ajak aku keluar joging petang-petang di sekitar kolej aku.Namun aku menolak ajakannya itu kerana malas dan mungkin jugak kurang kesedaran dalam kecergasan tubuh badan.Tetapi minggu ini segalanya berubah kerana minggu ini aku turun sendiri ke padang tanpa perlu diajak ataupun dipaksa oleh orang lain.Semua ini gara-gara hoki dimana aku perlu berlatih bermain hoki bagi mewakili kolej aku dalam Sukem yang akan berlangsung pada 1 disember tambahan pulak aku tidak pernah ada pengalaman berkaitan hoki,jadi aku kene rajin turun berlatih.itu sukem?Sukem ialah bertandingan sukan diantara kolej-kolej didalam UKM.



pakaian yang digalakkan ketika bermain hoki


Bagaimana,aku boleh terjebak dalam sukan hoki ini ialah disebabkan aku kesian kat kawan aku yang tengah cari orang untuk bermain permainan ini.kalu orang masih tak cukup ketika itu.kolej terpaksa manarik diri daripada permainan ini.nak kata aku ada pengalaman dalam bermain hoki ini memang tak pernah sentuh.selain itu,aku masuk hoki sebagai salah satu cara aku untuk mempelajari sukan ini.

Disebabkan,hari pertandingan semakin hampir,jadi aku perlu berusaha dengan lebih keras dengan meluangkan masa untuk berlatih supaya  dapat menguasai permainan ini.Akhir sekali aku berharap dapat menaikan nama uo dan berjaya membawa pulang pingat kemenangan.

Posted by Unknown at Friday, November 29, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Motivasi diri

ASSALAIMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Dalam kelas penghantar pengurusan tadi aku belajar bab berkaitan motivasi kepada pekerja dalam sesebuah organisasi.Motivasi adalah cara untuk meningkatkan semangat pekerja dalam menjalankan tugas bagi mencapai matlamat dan misi yang ditetapkan oleh organisasi manakala bagi pelajar pula ialah meningkatkan semangat dalam diri untuk menuntut ilmu.Tajuk ini mengingati aku ketika aku berada di Kolej Matrikulasi Perlis.dimana aku menjadikan satu lagu sebagai sumber motivasi aku,bila aku rasa malas je nak belajar,aku akan dengar lagu ni,jadi aku dapat meningkatkan semangat aku untuk belajar dan perasaan malas tadi berkurang.lagu ini dinyayikan oleh kumpulan westlife yang bertajuk 'YOU RAISE ME UP'.dibawah merupakan lirik lagu ini.


When I am down and, oh, my soul's so weary

And troubles come and my heart burdened be

And I am still, I wait here in the silence

Until you come and sit awhile with me


You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be


You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be


You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be


You raise me up so I can stand on mountains

You raise me up to walk on stormy seas

I am strong when I am on your shoulders

You raise me up to more than I can be

You raise me up to more than I can be

Lagu ini sangat menyantuh perasaan,malah aku boleh bayangkan kedua ibu bapa aku ketika mendengar lagu ini.sebab itu,aku dapat meningkatkan semangat aku untuk belajar.





Posted by Unknown at Friday, November 29, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

My bestfriend ever

ASSALAIMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Tajuk yang aku dapat minggu ini ialah aku perlu menulis tentang seseorang.jadi aku putuskan untuk menulis tentang seseorang yang paling rapat dengan aku dalam kalangan saudara-saudara aku.dia merupakan sepupu aku malah dia jugak merupakan salah seorang sahabat karib aku selain daripada 3 yang lain.




Mungkin disebabkan umur aku yang sebaya menyebabkan aku lebih rapat dengannya daripada sepupu aku yang lain,mungkin sebab kami bersekolah tadika dan sekalah rendah di tempat yang sama ataupun mungkin jugak disebabkan rumah kami yang hanya beberapa meter sahaja jaraknya menyebabkan kami menjadi rakan baik walaupun jarang jumpa.Nama kawan@sepupu aku ini ialah Fatihah Binti Ramli.
dia kini menyambung pelajaran di pulau pinang dalan kos kejuruteraan perbuatan.dia sangat aktif dalam sukan,klu kat sekolah rendah dulu dia mendapat gelaran olahragawati sekolah.Kini dia masih aktif dalam sukan tapi hanya dalam sukan bola jaring.lebih kurang 3 minggu yang lepas.pasukannya berjaya merangkul naib juara mewakili tempat pengajiannya.Dia jugak seorang yang pandai dalam pelajaran terutama subjek matematik.

Sebab aku senang berkawan dengannya disebabkan oleh sikapnya yang sangat menghargai kawannya.jika dia balik je pasti pagi tu jugak dia datang rumah aku untuk ganggu aku danbanyaklah cerita yang nak dikongsikan.lepas itu,dia sangat tidak berkira untuk belajar kawan-kawannya makan.ada kalanya aku dengan kawan yang lain akan paksa dia belanja kami semua makan atau minum.Dia jugak sangat rapat dengan emak dengan ayah aku,malah gelaran yang digunakan kepada emak dengan ayah aku ialah 'mak' dan 'ayah'.Seterusnya,perkara yang wajib dia lakukan bila balik rumah ialah gaduh ataupun marah kat adik dia yang ada 2 orang tu.dua-duanya adik dia perempuan.adik dia bagi gelaran 'singa'kat dia sebab garang sangat.

Seterusnya,dia sangat gemar makan ayam.waktu dulu,jika tak ada lauk ayam kat rumahnya.memang tak makan nasilah jawabnya.satu lagi semua sayur yang ada dalam pinggan makanannya,maka dalam tong sampahlah jawabnya sayur-sayur tu.Kini,aku rasa sikap tu dah kurang kot.


Terlalu banyak kenangan yang kami dan 3 sahabat yang lain lalui bersama-sama.adakalanya pahit untuk diterima malah kenangan manis pun kami lalui bersama-sama.akhir sekali,semoga hubungan kami terus berkekalan seperti ini dan aku jugak berharap dia berjaya dalam kehidupan dan pembelajaran dan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan.












Posted by Unknown at Friday, November 29, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Thursday, November 28, 2013

Alam semulajadi

peta laluan ke puncak

Apabila tengah terfikir-fikir apa yang aku nak tulis dalam blog ni.Tiba-tiba memori lama terimbau kembali iaitu pada tahun 2007,pada ketika itu aku baru sahaja menjejak kaki ke sekolah menengah.dimana saat itu aku berpeluang untuk mengikuti aktiviti yang lebih kepada extream iaitu berpeluang untuk mendaki gunung yang terletak di salah satu  daerah di negeriku yang tercinta.Nama gunung tersebut ialah gunung tebu.walaupun nama gunung ini kurang komensil namun keindahannya sangat menarik perhatian.itu merupakan pengalaman pertama aku melakukan aktiviti lasak sebegini.Aku ke sana dengan rombongan sekolah tempat kakak aku mengajar.

Pada mulanya aku tidak bercadang untuk mendaki gunung ini dan hanya sekadar untuk tunggu di bawah sahaja bersama-sama beberapa orang guru wanita yang tidak turut serta mendaki.Namun tiba-tiba seorang guru pengiring lelaki menyuruh aku untuk sama-sama mendaki.kumpulan kami berkhemah dahulu satu malam di kaki gunung itu dan keesokkannya barulah aktiviti mendaki dimulakan.Di sepanjang pendakian aku sangat terpukau dengan keindahan semulajadi gunung tersebut,malah aku dapat merasakan bahawa gunung masih bebas daripada diterokai oleh manusia.tiada kesan berlaku penebangan pokok di gunung tersebut.Air sungainya yang sangat bersih dan apa yang membuatkan aku paling terkejut apabila aku mendapat tahu bahawa air sungai yang mengalir di gunung tersebut boleh dijadikan air minuman.Pada mulanya aku agak was-was untuk minum namun apabila aku mencubanya aku dapat merasakan berapa segar aku selepas meminumnya kerana airnya yang sangat sejuk seperti air yang dimasukan ke dalam peti sejuk.aku pernah menjumpai sebelum ini dan juga selepas daripada itu.Namun,Sekarang aku pasti adakah ia sama seperti pertama kali aku menjejakkan kaki ke sana.

dasar sungai dapat dilihat disebabkan kejernihan airnya

Seterusnya pengalaman ini jugak mengajar aku untuk bersama-sama rakan pasukan dalam susah dan senang iaitu dimana pada waktu malam kami disuruh untuk membuat barisan dari tempat khemah didirikan sehinggalah ke sungai untuk mengambil air untuk dibuat memasak dan minum.malah pendakian ini jugak mengajar aku untuk makan ikan sadin yang sebelum itu memang bukan makanan kesukaan aku.ketika di atas sana aku merasa makanan itu sangat sedap karana hanya ada makanan itu untuk dimakan.

Sesunguhnya pengalaman ini banyak mendedahkan aku kepada semangat dalam berkumpulan walaupun aku bukan salah seorang peserta seperti mereka dan walaupun aku lebih muda daripada mereka ketika itu.teteapi mereka dengan baik hati melayan aku seperti ahli kumpulan mereka dan sanggup menerima aku dalam kumpulan mereka.


jarak yang perlu aku tempoh untuk sampai ke puncaknya









Posted by Unknown at Thursday, November 28, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

lab test 1

Lab test 1subjek aplikasi komputer baru saja berakhir lebih kurang 2 minggu yang lepas.masa yang diperuntukan untuk menjawab test ni ialah 2 jam 30minit.Soalannya merangkumi pembelajaran yang berkaitan dengan excel,word and power point.masa yang diperuntukan selama 2jam 30 minit memang tak cukup untuk aku menyiapkan ketiga-tiga soalan tersebut.aku mengambil masa yang sangat lama iaitu kira-kira 1jam 15minit dalam menjawab soalan yang pertama iaitu soalan exel sebabnya dalam soalan ini ada lima pecahan soalan lain yang perlu aku jawab.soalan 2&3 hanya diberi satu soalan.walaupun hanya satu soalan,kesukarannya tetap ada.

kesukaran aku ketika menjawab lab test ni ialah yang pertama untuk memahami soalan.   Seterusnya,kesukaran aku untuk memasukan rumus-rumus yang diinginkan ke dalam data di excel sebabnya aku kurang mengingatinya.selain itu,di bahagian word aku menghadapi kesukaran untuk membuat format surat dan ketika memasukan mail&merge.Akibat masa yang tak mencukupi aku tidak memberi tumpuan yang sepenuhnya pada bahagian power point.Jadi power point aku sangat ringkas.Oleh itu,aku perlu menerima dengan hati yang terbuka setiap markah yang akan aku perolehi nanti.selain itu,aku juga ingin memohon maaf pada sir sebab tidak dapat mengingati semua apa yang telah diajari oleh sir.







Posted by Unknown at Thursday, November 28, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Tuesday, November 26, 2013

Ketidakjujuran dalam perhubungan

Tajuk yang diberi kali ini agak sukar untuk aku olahkan kerana aku rasa tajuk ini sensentif.oleh sebab,tajuk yang diberikan agak terbuka jadi aku akan mengcoretkan tentang ketidakjujuran dalam perhubungan persahabatan.walaupun perkara tidak pernah terjadi kat aku.kalu terjadi pun mungkin tak beri kesan sangat kat aku sebab aku xberapa ingat tentang kaitan tajuk ini dalam hidup aku.yang pastinya perkara ini pernah terjadi kepada kawan aku apabila dia ditipu oleh sahabat yang dia anggap sebagai kawan baiknya dan ini sangat memberi kesan kepadanya.

aku turut ada di sekitarnya ketika itu,aku melihat keadaan dan dapat merasakan perasaannya ketika itu.malah kejadian malah kukuh dalam ingatan aku dan semestinya aku rasa dia masih lebih dalam lagi mengingatinya.

Kenapa perkara ini memberi kesan yang mendalam kepadanya kerana hampir semua yang diceritakan oleh sahabatnya hanyalah direka-reka sahaja dalam semua perkara walaupun dalam perkara yang aku rasa sangat tidak masuk akal.Namun,kawan aku xambik banyak mase untuk bertindak.dia mula menjauh kawannya itu bila mendapat tahu perkara tersebut.aku rasa itu satu tindakan yang tepat.

bagi setiap aku satu perhubungan perlu dimulakan dengan kejujuran bagi mengekalkan perhubungan tersebut selama-lamanya dan menjadi yang terindah untuk diingati.




Posted by Unknown at Tuesday, November 26, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

perkhawinan

Apabila tajuk perkhawinan menjadi topik perbualan pasti ramai yang ingin memberi respon masing-masing.biasanya antara respon yang diberikan ialah barang apa yang nak dijadikan sebagai hantaran,umur yang sesuai untuk khawin,tema yang menjadi idaman untuk majlis masing-masing dan pelbagai lagi.Pasti ramai yang memimpikan majlis perkhawinan yang meriah dan menjadi kenangan terindah buat mereka dan disenangi oleh semua tetamu yang hadir.

Kini ada beberapa rancangan televisyen yang mensiarkan rancangan yang melibat majlis perkhawinan kerabat diraja,anak-anak menteri mahupun artis-artis negara.setiap perkhawinan yang disiarkan pastinya sangat menarik dan mengagumkan kerana keunikan tema mereka serta kemeriahan majlis perkhawinan mereka.dan yang paling menjadi perhatian penonton ialah wang hantaran yang pastinya mencecah puluhan ribu ringgit malaysia.satu angka yang sangat besar.Biasanya barang hantaran turut menjadi perbualan penonton yang menyaksikannya kerana barangnya yang mewah dan berjenama seperti ipad,iphone,motorsikal dan lain-lain serta gubahannya yang unik dan kretif

Semestinya,setiap majlis perkhawinan yang disiarkan dalam tv mempunyai seorang perunding perkhawinan dari segi pakaian pengantin,pelamin serta makanan yang sesuai yang perlu disediakan kepada tetamu yang hadir.biasanya tugas penasihat ini  mengikut tema yang telah ditetapkan oleh pasangan.perjalanan majlis ini bergantung kepada kecekapan perundingan tersebut.

Namun bagi aku,ini semua sangat membazirkan kerana lebih baik wang itu digunakan selepas perkhawinan untuk beli rumah dan keperluan lain.seeloknya majlis perkhawinan diadakan secara berserdahana sahaja.

hantaran yang menjadi idaman setiap orang
hantaran yang unik


pelamin  mewah

pelamin bertemakan musim sejuk





Posted by Unknown at Tuesday, November 26, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Friday, November 15, 2013

makanan tradisi terengganu

Terengganu mempunyai banyak makanan tradisi.mugkin disebabkan rakyat terengganu yang suka makan,maka wujudlah makanan-makanan ini.Antara makanan tradisi terengganu ialah nasi dagang,kerepok lekor,satar dan pelbagai kuih yang mempunyai nama yang sangat unik seperti puteri mandi,asam gumpal,tepung gomok.

Tepung gomok

asam gumpal
                                   
kerepok leko


nasi dagang


puteri mandi



Setiap kali aku balik ke terengganu makanan tradisi yang aku wajib jumpa ialah nasi dagang.sebab  berdekatan kat rumah aku ada beberapa kedai yang  menunya mesti jual nasi dagang tambahan pulak atuk aku sangatsuka makan nasi dagang,jadi sarapan aku mesti ada nasi dagang walaupun sekali.

Biasanya jika hari perayaan biasanya menunya adalah nasi dagang sebab mak aku akan sediakan nasi dagang sebagai juadah kami sekeluarga.jadi aku tahu serba sedikit rasa menyediakan nasi dagang sebab selalu jugak tolong mak aku menyediakannya.

Bahan-bahan utama yang diperlukan untuk menyediakan nasi dagang ini biasanya beras pulut,beras biasa,ikan tongkol,santan dan segala rempah ratus yang aku kurang pasti namanya sebab terlalu banyak jenis rempah-ratus yang ada.

untuk menyediakan nasi dagang ini agak rumit sebabnya beras biasa yang telah dicampur dengan sedikit beras pulut perlu dikukus beberapa kali sebelum digaulkan bersama dengan santan dan sejenis rempah-ratus sebelum terhasilnya nasi dagang tpi,sebelum itu,beras pulut perlu direndam beberapa jam sebelum dikukus untuk menambah keenakannya.bagi jenis makanan tradisi lain aku kurang pasti tentang cara penyediannya mahupun bahan-bahannya sebab mak aku jarang menyediakannya.yang pastinya ke semua makanan ini sangat mudah untuk diperolehi.kebanyakkan pasar biasanya ada menjualkan kesemua ini

Posted by Unknown at Friday, November 15, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: info

Tuesday, November 12, 2013

niece

Tanggal 11/11/13 keluargaku telah bertambah seorang lagi apabila kakak ku selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.8kg tepat jam 5.30 pagi.maka bertambah seorang lagi anak saudaraku menjadi
4 orang yang semuanya perempuan.bilalah agak nak dapat anak saudara lelaki dahlah dalam keluargaku ada dua orang je lelaki,ayah dengan abang aku tu x termasuk abang ipar aku lah.Apapun aku tak sabar nak pegang dia tapi yang sedihnya kene tunggu  bulan januari baru dapat balik tengok dia sebab sekarang ni dah x ada cuti panjang.sekarang,cuma dapat tengok dalam gambar jelah.





baby girl


Posted by Unknown at Tuesday, November 12, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: keluarga

Saturday, November 9, 2013

Musim Tengkujuh

Setelah memasuki bulan november,maka bermulalah musim tengkujuh atau erti kata lain ialah musim hujan bagi negeri-negeri sebelah timur iaitu pahang dan kelantan termasuklah negeri asalku terengganu.

Dahulu,apabila tibanya musim tengkujuh aku dan kawan-kawan terpaksa mengurangkan aktiviti outdoor kami kerana waktu itu hujan turun sepanjang masa berlarutan hingga beberapa hari.segala rancangan aku yang melibatkan aktiviti luar terpaksa dibatalkan.oleh itu,waktu itu,aku terpaksa duduk di rumah je tapi apa yang bestnya saat itu ialah aku dapat tidur dengan tenang sebab persekitarannya yang sejuk dan nyaman.

Masalah yang aku sering hadapi ketika hujan ialah aku kekurangan baju untuk pakai sebab baju yang dijemur lambat untuk kering.selain itu,aku kekurangan sumber protein dari hasil laut kerana makanan laut terutama ikan sangat susah nak jumpa kat pasar waktu itu karana kebanyakan nelayan tidak turun ke lautsebab laut yang bergelora.

Namun,yang pasti sepanjang aku menghadapi musim tengkujuh,alhamdulilah aku belum menghadapi situasi menghadapi banjir. 



Posted by Unknown at Saturday, November 09, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

SPM again & again

Musim peperiksaan spm telah pun tiba,dimana ia merupakan peperiksaan terakhir bagi sesorang pelajar di sekolah.Setiap orang akan merasai sendiri pengalaman menduduki peperiksaan ini bagi mereka bersekolah sebelum melangkah ke peringkat yang lebih tinggi manakala bagi mereka yang menamatkan pembelajaran mereka hanya di peringkat ini,maka ini merupakan peperiksaan terakhir untuk mereka.Kebanyakkan orang berpendapat bahawa keputusan spm merupakan tanda aras hala tuju kearah mencapai cita-cita seorang pelajar,samaada mampu atau tidak untuk merealisasikan cita-cita mereka.Malah keputusan spm juga penting untuk ke menara gading.



Bila bercakap mengenai spm,aku terimbau kembali saat aku menduduki peperiksaan ini.Aku menduduki peperiksaan ini pada tahun 2011 dalam bulan November.Aku telah mengambil 9 subjek pelajaran iaitu5 subjek teras dan 4 subjek tambahan.Oleh kerana,di sekolah tiada tempat yang bernama dewan peperiksaan maka dengan rasminya,aku terpaksa menjawab peperiksaan dalam kelas.Di sepanjang peperiksaan berlangsung,Alhamdulilah aku tidak menghadapi sebarang masalah seperti masalah kesihatan.Saat itu,aku sering tidur lewat untuk mengulangkaji pelajaran bagi subjek yang keesokkannya.

Namun,ia sudah 2 tahun berlalu.Kini tiba giliran adik aku pula untuk menghadapi peperiksaan ini.oleh itu aku ingin mengucapkan selamat menjawab soalan peperiksaan kepada adik aku.bacalah soalan dengan teliti dan buatlah yang terbaik.
Posted by Unknown at Saturday, November 09, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ►  December (7)
    • ▼  November (11)
      • HOKI
      • Motivasi diri
      • My bestfriend ever
      • Alam semulajadi
      • lab test 1
      • Ketidakjujuran dalam perhubungan
      • perkhawinan
      • makanan tradisi terengganu
      • niece
      • Musim Tengkujuh
      • SPM again & again
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.