-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Sunday, December 15, 2013

Syukur

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Minggu lepas,aku diberi tajuk syukur untuk diulas dalam blog ni tapi sebelum tu aku nak mintak maaf kat sir sebab lambat update tajuk ini kat blog.
keadaan banjir di kemaman

Minggu lepas,banyak media-media sosial & elektronik memaparkan berita berkenaan banjir di Pantai Timur yang meliputi Pahang,Terengganu dan Kelantan yang boleh dikatakan banjir paling terburuk yang pernah berlaku sejak berapa puluh tahun dahulu terutama di kuantan,Pahang dan kemaman,Terengganu.Bencana banjir kali ini menyebabkan hampir 60 ribu penduduk yang terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara sehingga menungu banjir surut.

salah satu situasi banjir 
Di Kuantan,pemandangan dari utara yang dirakam dilihat seperti sebuah pulau.begitu juga,situasi di kemaman.Namun aku bersyukur kerana walaupun negeri terengganu banjir tapi kawasan tempat tinggal aku dan keluarga tidak dinaiki air.Pada mulanya,aku agak risau keadaan keluarga di sana apabila mengetahui keadaan banjir yang luar biasa daripada tahun- tahun yang sebelumnya dan apabila aku cuba menghubungi ibu bapa aku di kampung,alhamdulilah keadaan mereka sihat dan tidak terlibat dengan banjir.

doa memohon elak dari banjir

Kepada mereka yang terlibat dengan banjir,aku berharap mereka sabar menghadapi ujian ini.Mungkin ada nikmat disebalik semua ujian ini dan kami seluruh masyarakat malaysia sentiasa mendoakan semoga ujian ini akan berlalu dengan cepat.Selain itu,ramai sukarelawan dan masyarakat yang akan turun menghulurkan bantua malah pihak UKM jugak menghantar sukarelawan untuk menolong mangsa banjir di pahang.






Posted by Unknown at Sunday, December 15, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ▼  December (7)
      • S4
      • Sesi Pembentangan
      • Mesra
      • the blue cat club
      • Syukur
      • IPK the best
      • Dream resonance II
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.