-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Thursday, December 19, 2013

Mesra

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
  
Hari ni aku nak cerita pasal program Mesra yang akan dijalankan oleh sektretiat aku  yang terpaksa ditukarkan tarikh dan tempat program untuk menghormati pendapat orang lain.Tapi sekarang menyebabkan banyak masalah yang timbul antaranya kekurangan peserta untuk menyertai program ini kerana masa yang telah ditetapkan 1 hari terpaksa menjadi 3 hari.itu adalah sebab utama program ini kurang mendapat sambutan.malah ahli sektretiat aku sendiri ada yang menarik diri daripada program ni.

Jadi kami sebagai jawatankuasa dalam program terpaksa mengubah banyak perkara terutama dalam kertas kerja program yang telah lama disiapkan,tu pun setelah mengambil masa yang lama dalam mengubah banyak  perkara yang dirasakan tidak sesuai.Kini,kami terpaksa pergi lagi ke jppel balik untuk ubah tarikh dan tempat yang telah didaftarkan dahulu diganti dengan yang baru,mengugurkan  balik nama peserta yang menarik diri.

Masalah terbesar saat ni ialah peserta yang masih tidak mencukupi walaupun program hanya tinggal 1 hari sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan.Sedangkan nama senarai peserta perlu diserahkan pada hari esok.Sekarang nama yang ada hanya beberapa belas orang sahaja tapi peserta yang diperlukan adalah 30 orang lebih.

Kalaulah program asal kami tiada sebarang tambahan idea.semestinya ia lebih senang untuk dijalankan
dan tidak perlu menyeksa ramai orang untuk mencari penyelesaian untuk masalah ini.Namun,kita sebagai seorang yang bersifat terbuka perlulah menerima setiap cadangan orang yang lebih arif.
Posted by Unknown at Thursday, December 19, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ▼  December (7)
      • S4
      • Sesi Pembentangan
      • Mesra
      • the blue cat club
      • Syukur
      • IPK the best
      • Dream resonance II
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.