-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Thursday, December 19, 2013

S4

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hari ni merupakan hari last kuliah untuk semester 1 sebelum minggu ulang kaji menyusul tiba,Sepanjang semester ini,kales aku kebanyakkan adlah daripada set 4 termasuklah aplikasi komputer.Dalam kelas ini aku belajar banyak benda berkaitan  komputer kerana sebelum ini aku belum pernah masuk kelas berkaitan komputer.jadi,sebelum aku masuk kelas ini aku tiada pengetahuan dalam ilmu berkaitan dengan komputer.

Namun setelah aku menjadi pelajar dalam kelas set 4 aplikasi komputer selama 14 minggu,aku dapat belajar banyak benda terutama berkaitan dengan microsoft iaitu access,word,power point dan exel.sekarang,aku tahu kegunaannya dan setiap ruang yang ada dalam keempat - empat microsoft ini.

Selain itu,aku jugak belajar cara untuk membuat akaun untuk blog dan sekarang aku mempunyai blog milik aku sendiri.Walaupun blog aku ada masalah pada mulanya tapi masalah tersebut dapat diatasi dan sekarang aku sudah ada 29 post dalam blog ini.

Apa yang paling seronok dalam kuliah adalah pelajar yang lain mesra dan memberi tunjuk ajar apabila disuruh.sesi pembelajaran juga tidak bosan dan tidak terlalu serius.oleh itu,aku dapat belajar dengan gembira.


Posted by Unknown at Thursday, December 19, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Sesi Pembentangan

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Sesi pembentangan applikasi komputer baru sahaja berlalu pada hari rabu minggu lepas persamaan 11/12/13.Agak cantik tarikh yang dipilih untuk sesi pembentangan ini.sesi bermula pada pukul 8.00 pagi dan apabila aku sampai dekat intu masuk ke makmal.aku tidak nampak apa-apa kerana keadaan yang gelap-gelita.waktu tu jam 7.55 kalu tak silap aku.bila aku prgi kat depan fakulti,aku jumpa seorang rakan kelas aku,dia datang lagi awal.selepas itu,mulalah makin ramai yang sampai.

hari itu,kami kene menbentangkan tugas kumpulan yang telah beberapa minggu diberikan oleh pensyarah,terdapat dua tugas secara berkumpulan yang kene dibentangkan iaitu power point dengan access dimana tugas power point lebih diberi keutamaan.Kami diberi masa 20 minit untuk menbentangkan tugas power point kami,dimana ia dibahagikan mengikut beberapa aspek iaitu 5 minit untuk tayangan video dan 15 minit diperuntukan untuk menbentangkan isi penbentangan.oleh disebabkan kumpulan aku ada 4 orang,jadi setiap 1 perlu bercakap  selama 3minit lebih seorang.

Bagi kumpulan aku,kami memdapat power point yang berkaitan media sosial dan kami hanya mengambil jenis -jenis media sosila dan kegunaan untuk setiap jenis -jenis madia sosial yang telah dipilih oleh kami.Terdapat 4 jenis media sosial yang menjadi pilihan kumpulan kami iaitu facebook,instagram,whatsapp dan twitter.

giliran pembentang ditentukan dengan membuat udian dengan mengunakan kedatangan hadir tadi.Perasaan masa untuk menbentangkan  sangat tidak best kerana segala perasaan ada waktu tu iaitu perasaan malu,takut,gementar.senang cerita waktu tu semua perasaan ada waktu tu.pembentangan kedua bermula jam 2.00 petang berkaitan access.tepat jam 4.30 petang sesi pembentangan dapat diselesaikan.


Posted by Unknown at Thursday, December 19, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Mesra

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
  
Hari ni aku nak cerita pasal program Mesra yang akan dijalankan oleh sektretiat aku  yang terpaksa ditukarkan tarikh dan tempat program untuk menghormati pendapat orang lain.Tapi sekarang menyebabkan banyak masalah yang timbul antaranya kekurangan peserta untuk menyertai program ini kerana masa yang telah ditetapkan 1 hari terpaksa menjadi 3 hari.itu adalah sebab utama program ini kurang mendapat sambutan.malah ahli sektretiat aku sendiri ada yang menarik diri daripada program ni.

Jadi kami sebagai jawatankuasa dalam program terpaksa mengubah banyak perkara terutama dalam kertas kerja program yang telah lama disiapkan,tu pun setelah mengambil masa yang lama dalam mengubah banyak  perkara yang dirasakan tidak sesuai.Kini,kami terpaksa pergi lagi ke jppel balik untuk ubah tarikh dan tempat yang telah didaftarkan dahulu diganti dengan yang baru,mengugurkan  balik nama peserta yang menarik diri.

Masalah terbesar saat ni ialah peserta yang masih tidak mencukupi walaupun program hanya tinggal 1 hari sahaja sebelum tarikh yang ditetapkan.Sedangkan nama senarai peserta perlu diserahkan pada hari esok.Sekarang nama yang ada hanya beberapa belas orang sahaja tapi peserta yang diperlukan adalah 30 orang lebih.

Kalaulah program asal kami tiada sebarang tambahan idea.semestinya ia lebih senang untuk dijalankan
dan tidak perlu menyeksa ramai orang untuk mencari penyelesaian untuk masalah ini.Namun,kita sebagai seorang yang bersifat terbuka perlulah menerima setiap cadangan orang yang lebih arif.
Posted by Unknown at Thursday, December 19, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Wednesday, December 18, 2013

the blue cat club

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

hari ni aku nak story tentang drama yang kumpulan foundation bi dipilih oleh kumpulan aku untuk 30 percent markah bagi subjek foundation aku bagi semester ni.The blue cet club tajuk story itu,walaupun agak pelik tajuknya yang pasti cerita dia ringkas dan menarik.kisah cerita ni tentang sepasang suami isteri,bernama james dan chantal yang pergi melancong dekat sebuah kelab yang bernama blue cat club,dimana tempat itu merupakan tempat petunjukan magic yang dipersembahkan oleh seorang pemagic yang terkenal.kemuncak cerita ni apabila james membuat helah dengan menolong magician membuat magic tetapi diakhirnya dia menipu bahawa magic itu betul-betul berkesan padanya dengan berpura-pura mati.
antara jalan cerita tbcc




cerita asli belum diubah suai

Semua ahli kumpulan perlu terlibat untuk menjayakan drama ini.oleh itu,kami perlu membahagikan watak dan menambahkan watak yang sepatutnya bagi semua orang dapat watak masing-masing.antara watak yang ada dalam drama kami ialah:

  1. James
  2. Chantal
  3. Magician
  4. Maid
  5. 2 Assistants
  6. Waiter
  7. Manager
  8. 3 Audience
Disebabkan cerita sebenar terlalu ringkas dan padat.jadi kami terpaksa mengubah jalan ceritanya supaya lebih panjang tapi masih mengekalkan keaslian cerita ni.dimana hampir separuh watak yang ditambah seperti maid,managar dan audience.

Pada hari khamis yang lepas,kami talah mempersembahkan cerita ini didepan pensyarah foundation kami,dan ia berjalan dengan lancar,walaupun ada ayat yang tidak ikut skrip malah magic yang dilakukan kurang memjadi,Namun kemi puas hati dengan apa yang kami lakukan.



12/12/13



Posted by Unknown at Wednesday, December 18, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Sunday, December 15, 2013

Syukur

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Minggu lepas,aku diberi tajuk syukur untuk diulas dalam blog ni tapi sebelum tu aku nak mintak maaf kat sir sebab lambat update tajuk ini kat blog.
keadaan banjir di kemaman

Minggu lepas,banyak media-media sosial & elektronik memaparkan berita berkenaan banjir di Pantai Timur yang meliputi Pahang,Terengganu dan Kelantan yang boleh dikatakan banjir paling terburuk yang pernah berlaku sejak berapa puluh tahun dahulu terutama di kuantan,Pahang dan kemaman,Terengganu.Bencana banjir kali ini menyebabkan hampir 60 ribu penduduk yang terpaksa dipindahkan ke penempatan sementara sehingga menungu banjir surut.

salah satu situasi banjir 
Di Kuantan,pemandangan dari utara yang dirakam dilihat seperti sebuah pulau.begitu juga,situasi di kemaman.Namun aku bersyukur kerana walaupun negeri terengganu banjir tapi kawasan tempat tinggal aku dan keluarga tidak dinaiki air.Pada mulanya,aku agak risau keadaan keluarga di sana apabila mengetahui keadaan banjir yang luar biasa daripada tahun- tahun yang sebelumnya dan apabila aku cuba menghubungi ibu bapa aku di kampung,alhamdulilah keadaan mereka sihat dan tidak terlibat dengan banjir.

doa memohon elak dari banjir

Kepada mereka yang terlibat dengan banjir,aku berharap mereka sabar menghadapi ujian ini.Mungkin ada nikmat disebalik semua ujian ini dan kami seluruh masyarakat malaysia sentiasa mendoakan semoga ujian ini akan berlalu dengan cepat.Selain itu,ramai sukarelawan dan masyarakat yang akan turun menghulurkan bantua malah pihak UKM jugak menghantar sukarelawan untuk menolong mangsa banjir di pahang.






Posted by Unknown at Sunday, December 15, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Saturday, December 14, 2013

IPK the best

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA


Semester satu dah nak habis dah,jadi dah hampir 3 bulan aku join sektreriat ipk @ Integrasi Perpaduan Kaum.Masa mula aku diperkenalkan dengan sektreriat kat kolej aku dan aku diberi masa 30 minit untuk buat pilihan.Terlebih dahulu setiap wakil sektreriat akan menerangkan terlebih dahulu teentang kelebihan dan program yang telah dan bakal dijalankan oleh mereka.Setelah itu,aku pon buat keputusan untuk join ipk dan skrang aku lupa knpa wktu aku pilih sektreriat ni.

Setelah 3 bulan berlalu,aku tidak rasa menyesal sebab join sektreriat ni sebab ahlinya yang lain sangat baik dan boleh dikatakan kami boleh berkejasama dalam setiap program yang pernah kami sertai.mugkin disebabkan majoriti daripada ahli ipk adalah perempuan membuatkan kami selesa untuk berkejasama ataupun lepak bersama -sama.Bilangan ahli sektreriat aku ada 24 orang kalu x silap dimana 1 daripadanya adlah lelaki,tu pon jarang jumpa.sebab dia jarang join kami klu ada meeting.

Dalam masa 3 bulan dah banyak program atau aktiviti yang rasmi ataupun tak rasmi yang talah kami jalankan diantara kami telah  menyertai program senaman 36 jam tanpa henti sebagai ajk,dream resonance II,perbarisan penutup sukem,dan lain -lain.Aku berharap keseronokan dalam sektreriat ni akn terus berkekalan pada semester yang seterusnya dan kami boleh  terus berkerjasama pada program -program yang seterusnya.
KAMI DAN MEP IPK DAN FELO IPK

SELESAI PROGRAM  MBOR,BERSAMA TNC HEPA



Posted by Unknown at Saturday, December 14, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Dream resonance II

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA

Hari ini aku nak kongsikan pengalaman aku menyertai program dream resonance anjuran gabungan sektreriat dan kelab kat kolej aku yang diadakan pada 3 minggu yang lepas.Dream resonance ini merupakan pertandingan berlakon dalam bahasa inggeris.oleh itu sebagai menyokong penganjuran program ini,kami  pun menyertai program ini dengan menjadi peserta pertandingan.

Dalam proram ini ada syarat - syarat yang perlu kami patuhi dimana antara syarat -syarat yang telah ditetapkan adalah
  1. Hanya 7 hingga 8 orang sahaja yang boleh berlakon di atas pentas.
  2. Drama mestilah dilakonkan dalam bahasa inggeris.
  3. Cerita yang dipilih perlu diubah sedikit jalan ceritanya.
  4. Mematuhi masa yang telah ditetapkan.
Antara peserta yang berjaya mendapat tempat dalam pertandingan ini ialah dua tempat teratas disandang oleh peserta dari UM manakala tempat ketika disandang oleh sektreriat majlis tertinggi,kolej aku.hadiah utama yang berjaya dibawa pulang ialah wang tunai berjumlah RM500.

Walaupun sektreriat aku tidak berjaya dalam pertandingan ini,tpi aku rasa kami berpuas hati dengan persembahan kami.dan paling penting kenangan kami yang selama seminggu berlatih hingga lewat malam tidak akan aku lupakan.

POSTER PROGRAM





Posted by Unknown at Saturday, December 14, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ▼  December (7)
      • S4
      • Sesi Pembentangan
      • Mesra
      • the blue cat club
      • Syukur
      • IPK the best
      • Dream resonance II
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.