penguasa adalah satu perkataan yang jarang digunakan dalam perbicaraan masyarakat dalam kehidupan harian mereka kerana maknanya yang sangat mendalam.penguasa ialah pemilikan sesuatu barang atau tempat tetapi lebih sesuai digunakan untuk tempat.itulah agaknya makna penguasa.sekiranya aku menjadi penguasa didunia ini.apa yang akan ku lakukan ye kerana ini merupakan tanggungjawab yang sangat berat bagi aku tapi aku tetap akan cuba memerah tenaga,akal fikiran ini untuk mentadbir dan pengurusnya dengan baik.aku seorang yang cintakan kedamaian,olah itu aku akan mencegah masyarakat daripada pergaduh atau berperang sesama mereka dengan memperketatkan undang-undang berkaitan peperangan.ini kerana pergaduhan dan peperangan ini sangat memberi kesan buruk kepada kita seperti yang kita dapat lihat terjadi kepada beberapa negara.kita dapat lihat banyak orang yang tak berdosa menjadi korban seperti kanak-kanak,orang tua,wanita.selain itu peperanganjugak menyebabkan ekonomi sesebuah negara merosot walaupu pada mulanya ia merupakan negara yang kaya.
seterusnya aku akan seorang penguasa yang selalu menjaga kebajikan masyarakat supaya tidak ada terpaksa mengemis d tepi-tepi jalan untuk mencari sesuap makan seperti kata pepatah"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" ataupun untuk menyara keluarganya seperti menyekolahkan anak-anak mereka.sesunguhnya tidak semua manusia bertuah di dunia ini kerana sangat ramai yang mengemis di negara ini walaupun pernah nampak tapi tetap ada ataupun di negara yang lebih miskin dari negara ini.selain itu menangung pendidikan semua masyarakat di semua peringkat supaya nanti mereka menjadi orang-orang yang cerdik dan boleh sumbangan kecedikan mereka kepada kemajuan dunia dalam semua aspek.
selain itu,aku akan mengunakan sumber ekonomi yang ada dalam dunia ini secara cekap supaya setiap masyarakat dapat merasai hasil yang diperolahi daripada sumber seperti minyak,berlian,tanah dan lain-lain.selain itu
supaya tidak berlaku pembaziran dalam pengunaan sumber-sumber in dan penyalahgunaan oleh pihak tertentu.dalam pada itu,aku akan cuba menjaga alam sekitar ini dengan baik seperti cuba mengelak daripada melakukan pencemaran alam sekitar kerana dengan pencemaran menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh,banjir kilat dan lain-lain.
namun aku tahu bukan mudah untuk melakukan semua ini.setiap pemimpin dunia hari ini telah cuba sedaya upaya untuk mensejahterakan dunia ini cuma ada beberapa pemimpin sahaja yang ada kepentingan peribadi mereka sendiri dan tidak tulus dalam mentadbir.
No comments:
Post a Comment