penglibatan aku dalam kokurikulum.okay aku mula aktif dalam koko start aku tingkatan 1 dalam kawad kaki.masa tu aku masuk pasukan kadet bomba.tahun itu kat sekolah banyak gak lah kelab yang aktif dalam kawad kaki contohnya kadet remaja sekolah,pengakap,puteri islam,pandu puteri dan st john.antara sebab mengapa aku minat masuk kawad dan kadet bomba ni ialah first pengaruh kakak aku kot,sbabnye dia pon masuk kawad dalam pasukan kadet bomba gak.aku tngok syok je dia berkawad so aku pon join lah tapi bila dia thu aku masuk kadet sama dengan dia.dia marah jugak sebab dia suruh aku masuk kadet remaja sekolah kerana krs pencapaian lebih cemerlanglah dari kadet bomba.sebab keduanya ialah aku malas nak masuk kelas kiranya ponteng kelaslah tape pontang aku dapat kebenaran cikgu kelas kat sekolah aku dulu pelajar tingkatan 1 dan 2 masuk kelas sesi petang.tingkatan3 hingga 5 baru sesi pagi.latihan kawad kaki biasanya waktu petang lepas asar.jadi setiap petang sebelum bertanding mesti tak masuk kelas.bila pertandingan dah dekat terus tak masuk kelas,berlatih je pagi dgan petang.warna kulit time tu jangan kiralah gelap dari biasalah.pencapaian kadet ini sepanjang 2 tahun aku join tak pernah pon dapat no 3 ke bawah.tpe kami puas hati dengan persembahan kami mungkin belum ada rezeki nak menang kot.bila masuk kelas je sesi pagi kadet pon terus bertukar kepada kadet remaja sekolah.ada sebab aku tukar kadet sebabnya krs terdesak nak penuhkan barisan pasukan mereka seramai 30 orang lagi pon kadet asal aku dah tak aktif dah tahun tu.kadet aku tak aktif sebab tak ada orang yang boleh bagi arahan.bukan pasukan aku je yang tak aktif,pasukan lain yang dulunya ada kawad kaki pon dah mula menhilang yang tinggal hanya 3 pasukan je yang masih menyartai pertandingan kawad kaki.mula-mula naik tingkatan 3 aku dengan kawan-kawan dah pasang tekad tak nak join kawad kaki tahun tu kononnya nak pmr lah.tapi tak sampai suku tahun tekad itu dah hilang kononnya kesian kat pasukan tu sebab tak cukup orang.tape kakak aku tahu aku dah tukar pasukan dia marah pulak,dia kata letih-letih diorang latih aku dengan kawan-kawan dalam pasukan tu.tiba-tiba pergi sumbangkan bakti kat pasukan lain.pencapai aku dalam pasukan ini lebih baik dari pencapaian pasukan sebelum ni.kitaorang berjaya masuk sampai ke peringkat negeri selama 2tahun berturut-turut.kat matrikulasi pon aku masuk kelab kawad kaki walaupun tak lah aktif macam sekolah dulu.kebaikan yang aku dapat mase masuk kawad ialah dapat menyemai semangat disiplin dalam diri kemudian hubungan dengan rakan-rakan pasukan lebih rapat dengan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.tapi kat ukm aku dah tak masuk unit berunitform sebab nanti kene pindah kolej.aku dah sayang kat kolej aku ni sebab tu tak nak pindah kolej lagipon nanti jauh kalau nak gi kelas.
No comments:
Post a Comment