-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Sunday, September 29, 2013

INSPIRASI BLOGGER

assalamualaikum,apakah itu inspirasi blog,tajuk yang aku dapat minggu ni. inspirasi blog bagi pendapat aku ialah blogger yang diminati dan dikagumi oleh aku untuk aku dijadikan inspirasi semoga satu hari nanti blog aku yang baru sahaja dibentuk olah aku ini boleh jadi mcam blog dia juga insyaallah.blog yang aku suka atau ingin dijadikan inspirasi oleh aku ialah milik seorang perempuan yang memiliki status sebagai seorang pelajar,isteri dan ibu kepada seorang bayi perempuan yang comel,iaitu bernama irine nadia marcello.aku mula kenal blog ni bila selalu lihat adik aku sering buka blognya.maklumlah adik aku lebih bersosial dari aku sebab tu dia ada blog lebih awal dari aku.wajahnya yang comel dan cute menyababkan aku suka lihat blog dia selain itu dia jugak seorang yang sopan dalam berpakaian.sebab lain,aku minat blog dia ialah kerana susun aturnya yang ringkas dan menarik serta post yang terdapat dalam blognya senang dibaca, isu-isu dan tip-tip yang dikongsikan jugak menarik,terkini dan berguna untuk pengetahuan.selain itu dia pandai mengunakan blog ini untuk dijadikan untuk mencari sumber kewangan kepadanya dengan menjual pelbagai produk melalui blognya.walaupun masih bergelar pelajar dia mampu untuk mencari sumber kewangannya sendiri,itulah antara sebab mengapa aku ingin jadikan blognya inspirasi kepada aku.
















                        antara produk yang dijual olehnya


                    antara gadget yang ada dalam blognya


Posted by Unknown at Sunday, September 29, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Friday, September 27, 2013

KOKURIKULUM

penglibatan aku dalam kokurikulum.okay aku mula aktif dalam koko start aku tingkatan 1 dalam kawad kaki.masa tu aku  masuk pasukan kadet bomba.tahun itu kat sekolah  banyak gak lah kelab yang aktif dalam kawad kaki contohnya kadet remaja sekolah,pengakap,puteri islam,pandu puteri dan st john.antara sebab mengapa aku minat masuk kawad dan kadet bomba ni ialah first pengaruh kakak aku kot,sbabnye dia pon masuk kawad dalam pasukan kadet bomba gak.aku tngok syok je  dia berkawad so aku pon join lah tapi bila dia thu aku masuk kadet sama dengan dia.dia marah jugak sebab dia suruh aku masuk kadet remaja sekolah kerana krs pencapaian lebih cemerlanglah dari kadet bomba.sebab keduanya ialah aku malas nak masuk kelas kiranya ponteng kelaslah tape pontang aku dapat kebenaran cikgu kelas kat sekolah aku dulu pelajar tingkatan 1 dan 2 masuk kelas sesi petang.tingkatan3 hingga 5 baru sesi pagi.latihan kawad kaki biasanya waktu petang lepas asar.jadi setiap petang sebelum bertanding mesti tak masuk kelas.bila pertandingan dah dekat terus tak masuk kelas,berlatih je pagi dgan petang.warna kulit time tu jangan kiralah gelap dari biasalah.pencapaian kadet ini sepanjang 2 tahun aku join tak pernah pon dapat no 3 ke bawah.tpe kami puas hati dengan persembahan kami mungkin belum ada rezeki nak menang kot.bila masuk kelas je sesi pagi kadet pon terus bertukar kepada kadet remaja sekolah.ada sebab aku tukar kadet sebabnya krs terdesak nak penuhkan barisan pasukan mereka seramai 30 orang lagi pon kadet asal aku dah tak aktif dah tahun tu.kadet aku tak aktif sebab tak ada orang yang boleh bagi arahan.bukan pasukan aku je yang tak aktif,pasukan lain yang dulunya ada kawad kaki pon dah mula menhilang yang tinggal hanya 3 pasukan je yang masih menyartai pertandingan kawad kaki.mula-mula naik tingkatan 3 aku dengan kawan-kawan dah pasang tekad tak nak join kawad kaki tahun tu kononnya nak pmr lah.tapi tak sampai suku tahun tekad itu dah hilang kononnya kesian kat pasukan tu sebab tak cukup orang.tape kakak aku tahu aku dah tukar pasukan dia marah pulak,dia kata letih-letih diorang latih aku dengan kawan-kawan dalam pasukan tu.tiba-tiba pergi sumbangkan bakti kat pasukan lain.pencapai aku dalam pasukan ini lebih baik dari pencapaian pasukan sebelum ni.kitaorang berjaya masuk sampai ke peringkat negeri selama 2tahun berturut-turut.kat matrikulasi pon aku masuk kelab kawad kaki walaupun tak lah aktif macam sekolah dulu.kebaikan yang aku dapat mase masuk kawad ialah dapat menyemai semangat disiplin dalam diri kemudian hubungan dengan rakan-rakan pasukan lebih rapat dengan memupuk semangat kerjasama dalam pasukan.tapi kat ukm aku dah tak masuk unit berunitform sebab nanti kene pindah kolej.aku dah sayang kat kolej aku ni sebab tu tak nak pindah kolej lagipon nanti jauh kalau nak gi kelas.
Posted by Unknown at Friday, September 27, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Monday, September 23, 2013

SEKIRANYA AKU SEORANG PENGUASA DI DUNIA INI

penguasa adalah satu perkataan yang jarang digunakan dalam perbicaraan masyarakat dalam kehidupan harian mereka kerana maknanya yang sangat mendalam.penguasa ialah pemilikan sesuatu barang atau tempat tetapi lebih sesuai digunakan untuk tempat.itulah agaknya makna penguasa.sekiranya aku menjadi penguasa didunia ini.apa yang akan ku lakukan ye kerana ini merupakan tanggungjawab yang sangat berat bagi aku tapi aku tetap akan cuba memerah tenaga,akal fikiran ini untuk mentadbir dan pengurusnya dengan baik.aku seorang yang cintakan kedamaian,olah itu aku akan mencegah masyarakat daripada pergaduh atau berperang sesama mereka dengan memperketatkan undang-undang berkaitan peperangan.ini kerana pergaduhan dan peperangan ini sangat memberi kesan buruk kepada kita seperti yang kita dapat lihat terjadi kepada beberapa negara.kita dapat lihat banyak orang yang tak berdosa menjadi korban seperti kanak-kanak,orang tua,wanita.selain itu peperanganjugak menyebabkan ekonomi sesebuah negara merosot walaupu pada mulanya ia merupakan negara yang kaya.





seterusnya aku akan seorang penguasa yang selalu menjaga kebajikan masyarakat supaya tidak ada terpaksa mengemis d tepi-tepi jalan untuk mencari sesuap makan seperti kata pepatah"kais pagi makan pagi,kais petang makan petang" ataupun untuk menyara keluarganya seperti menyekolahkan anak-anak mereka.sesunguhnya tidak semua manusia bertuah di dunia ini kerana sangat ramai yang mengemis di negara ini walaupun pernah nampak tapi tetap ada ataupun di negara yang lebih miskin dari negara ini.selain itu menangung pendidikan semua masyarakat di semua peringkat supaya nanti mereka menjadi orang-orang yang cerdik dan boleh sumbangan kecedikan mereka kepada kemajuan dunia dalam semua aspek.



selain itu,aku akan mengunakan sumber ekonomi yang ada dalam dunia ini secara cekap supaya setiap masyarakat dapat merasai hasil yang diperolahi daripada sumber seperti
minyak,berlian,tanah dan lain-lain.selain itu
supaya tidak berlaku pembaziran dalam pengunaan sumber-sumber in dan penyalahgunaan oleh pihak tertentu.dalam pada itu,aku akan cuba menjaga alam sekitar ini dengan baik seperti cuba mengelak daripada melakukan pencemaran alam sekitar kerana dengan pencemaran menyebabkan berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh,banjir kilat dan lain-lain.
namun aku tahu bukan mudah untuk melakukan semua ini.setiap pemimpin dunia hari ini telah cuba sedaya upaya untuk mensejahterakan dunia ini cuma ada beberapa pemimpin sahaja yang ada kepentingan peribadi mereka sendiri dan tidak tulus dalam mentadbir.
Posted by Unknown at Monday, September 23, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

MY PERSONAL LIFE

hidup tak selalunya indah,kadang diatas adakalanya dibawahibarat roda yang bergerak mengikut haluannya.Namun bukan tentang roda yang ingin diperkatakan ataupun tentang kepahitan atau kegembiraan dalam hidup ini.ia terlalu awal untuk dicoretkan.catatan pertama ini hanya untuk menjelaskan serba sedikit tentang diri ini.

nama diberi naimah binti muda.berasal dari terengganu.dilahirkan pada bulan jun 1994.memulakan pendidikan rendah di sk atas tol sebelum bertukar ke sk kedai buloh.pendidikan menengah di smk sultan mansur sebelum melangkah ke matrikulasi perlis seterusnya ukm

nama bapaku ialah muda bin said dan nama ibuku sakiah binti jusoh.kedua-duanya merupakan anak jati terengganu.bapaku bekerja sebagai tukang rumah manakala ibuku seorang suri rumah.aku mempunyai bilangan keluarga yang ramai iaitu mempunyai 9 orang adik beradik dan aku merupakan anak ke8.jugak menpunyai 3 orang anak saudara.



Posted by Unknown at Monday, September 23, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ►  December (7)
    • ►  November (11)
    • ►  October (8)
    • ▼  September (4)
      • INSPIRASI BLOGGER
      • KOKURIKULUM
      • SEKIRANYA AKU SEORANG PENGUASA DI DUNIA INI
      • MY PERSONAL LIFE

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.