-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA

Setelah melihat banyak post yang dikongsikan oleh kawan-kawan aku di halaman facebook tentang nasib mereka yang terpaksa berhari raya di perantauan,oleh itu aku nak kongsi pendapat aku tentang sambutan hari raya di perantauan.Aku rase Hari raya adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat islam untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan berkumpul bersama-sama keluarga tercinta setelah sekian lama sibuk menguruskan hal masing-masing. pada masa itu adalah peluang untuk bermaaf-maafan,bertanya khabar dan bergurau senda.Namun tidak semua dapat mendapat peluang untuk balik beraya di kampung halaman kerana terpaksa bertugas ataupun sedang menuntut ilmu di menara gading yang jauh dari negari asal.

Sesunguhnya jika terdapat halangan untuk pulang beraya merupakan saat yang paling sedih dalam hidup aku kerana terpaksa beraya seorang diri di perantauan,Aku rasa saat yang paling sedih apabila takbir raya jelas kedengaran.

Aku pernah menhadapi situasi dimana aku terpaksa membuat pilihan untuk balik beraya aidiladha ataupun tidak.Saat itu aku sedang menuntut di kolej matrikulasi perlis,pada minggu raya haji itu ialah sama dengan minggu ulangkaji dan minggu seterusnya merupakan peperiksaan untuk semester satu program matrikulasi,selain itu cuti untuk raya haji jugak pendek.Namun setelah berfikir beberapa hari aku mengambil keputusan untuk pulang menyambut hari raya aidiladha di kampung halaman kerana aku  fikir jika aku beraya di matrikulasi aku tidak akan mengulangkaji pelajaran jugak kerana sadih dan tidak tenang disana memikirkan kampung halaman.

oleh itu,aku tidak menyesali keputusan yang telah aku ambil walaupun aku hanya dapat balik selama dua hari ketika itu,namun aku tetap berpuas hati dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman setalah kembali ke matrikulasi balik aku rase dapat mengulangkaji dengan aman dan menjawab peperiksaan dengan tenang.
Posted by Unknown at Tuesday, October 15, 2013
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ►  December (7)
    • ►  November (11)
    • ▼  October (8)
      • TASIK KENYIR
      • TANGGUNGJAWAB
      • HUBUNGAN SEBELUM NIKAH
      • 7 MINGGU DI UKM
      • SALAM AIDILADHA
      • GANGGUAN ELEKTRIK
      • SANGAT SERONOK TAPI MELETIHKAN
      • KEBAIKAN@KEBURUKAN MEDIA SOSIAL
    • ►  September (4)

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.