-->

NAIMAH MUDA BLOGSPOT

naimahmuda

View my complete profile

Tuesday, October 29, 2013

TASIK KENYIR

Pada cuti raya haji yang lepas.aku berpeluang untuk ke tasik kenyir di Terengganu selama 2 hari 1malam.Di sana aku mendapat maklumat sedikit sebanyak tentang sejarah tasik tersebut.Tasik kenyir merupakan tasik buatan terbesar di asia tenggara yang dibina pada tahun 1985 seluas 2600 km persegi meliputi hutan belantara dan gunung-ganang.Fungsi pembinaan tasik ini ialah empangan air untuk rakyat terengganu dan tempat menjana kuasa elektrik.sebelum pembinaan dijalankan,haiwan yang menetap di situ dipindahkan ke taman negara,Pahang.

Tasik kenyir merupakan sempadan diantara Pahang dan Kelantan.Selain itu,ia merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara ,Pahang.Terdapat banyak pulau di sekitarnya salah satunya pulau herbal.Kini,Tasik kenyir terkenal sebagai tempat pelancongan kerana suasana flora dan fauna yang damai dan tenang sesuai sebagai tempat untuk menenangkan fikiran dari masalah.

Di sana,aku menginap di rumah peranginan persekutuan tasik kenyir.untuk ke sana aku perlu menaiki bot kerana ia berada didalam tasik kenyir sejauh 30 kilometer dari jeti pengkalan gawi.rumah peranginan perseketuan dibina di atas puncak gunung.Tidak jauh dari situ terdapat air terjun lasir tetapi perlu manaiki bot untuk ke sana.
Jeti pengkalan gawi

Sabar menunggu bot





RUMAH PENGINAPAN



Posted by Unknown at Tuesday, October 29, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: info

Friday, October 25, 2013

TANGGUNGJAWAB

Tajuk untuk minggu ini ialah tanggugjawab.Bagi pendapat aku tanggugjawab merupakan satu tugas yang berat untuk dipikul oleh semua orang tak kira tanggungjawab sebagai seorang pemimpin,pelajar mahupun anak.Misalnya aku perlu melaksanakan tanggugjawab aku sebagai seorang anak dan seorang pelajar.Sebagai seorang pelajar aku perlu melaksanakan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah tidak kira sama ada tutorial mahupun kerja khusus mengikut masa yang ditetapkan.selain itu,menghadiri setiap kelas mengikut jadual serta kelas-kelas tambahan yang diadakan supaya tidak tertinggal dalam pelajaran tambahan.Belajar dengan tekun dengan memberi tumpuan dalam setiap kelas supaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran,dengan itu dapat mengambirakan kedua orangtua aku,sekaligus dapat melaksanakan salah satu tanggungjawab aku sebagai seorang anak.
Posted by Unknown at Friday, October 25, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Tuesday, October 22, 2013

HUBUNGAN SEBELUM NIKAH

Pada pedapat aku tak elok untuk mempunyai hubungan yang lebih daripada sekadar kawan dengan pasangan sebelum sah menjadi suami/isteri kerana ia tidak elok dipandang oleh orang ramai terutama bagi pasangan yang beragama islam.malah dalam islam sendiri dilarang untuk mempunyai hubangan istimawa dengan pasangan sebelum bernikah.

Setiap larangan yang diperintahkan dalam islam ada alasan yang kukuh demi kesejahteraan orang ramai.ini kerana dalam hubungan memerlukan perhatian dalam setiap tingkah laku pasangan agar tidak menjadi fitnah kepada orang lain serta yang bolah menjatuhkan maruah pasangan itu sendiri

Selain itu,hubungan istimewa bagi setiap pasangan yang belum khawin memberikan kebimbangan terhadap keluarga,masyarakat dan negara kerana takut meraka tidak mehiraukan larangan keras dalam agama dalam setiap perbuatan mereka sehingga lahirnya anak-anak yang tidak diinginkan oleh mereka dan terus meraka menambahkan dosa mereka dengan membunuh atau membuang anak-anak ini.tidakkah ini perbuatan yang sangat kejam bagi insan yang bergelar orang tua anak-anak itu sendiri

Ramai orang yang inginkan hubungan yang suci serta halal di sisi agama.oleh itu,jauh nilah hubungan sebelum nikah dan berdoalah moga diberikan hubungan yang lebih bahagia apabila bersama suami atau isteri kelak.
Posted by Unknown at Tuesday, October 22, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

7 MINGGU DI UKM




Pejam celik-pejam celik aku rase begitu cepat masa aku berada di ukm dalam tidak sedar aku kini sudah 7minggu menjadi sebahagian dari warga Universiti Kebangsaan Malaysia..Sepanjang aku berada di ukm aku rasa kehidupan di universiti dan matrikulasi sangat berbeza jadi benarlah yang dikata oleh senior-senior matrikulasi aku dulu malah di universiti aku merasa masa bergerak dengan laju sekali.Aku mesti pandai untuk membahagikan waktu untuk belajar dan terlibat dengan aktiviti di kolej,fakulti,kelab dan lain-lain.

Kehidupan aku di sini agak seronok sebab tak perlu jalan jauh untuk ke fakulti dan mempunyai banyak pilihan makanan.Apa yang aku dapat sepanjang aku berada di sini ialah cara bagaimana untuk menguruskan sesuatu program,aku mendapat pendedahan ini apabila aku menyertai satu program universiti baru-baru ini.walaupun agak penat apabila terlibat dengan program ini tetapi ia menyeronokan.

Selain itu,disini jugak aku berpeluang untuk lebih aktif dalam kelab-kelab yang ada dalam kolej dan lebih bersemangat untuk menyertai setiap program yang diadakan.seterusnya di sini jugak dapat memupuk sikap lebih berani dalam berkomunikasi dengan orang ramai.

Sesunguhnya kehidupan di ukm membuat aku lebih bersikap positif dalam pemikiran dan tingkah laku serta menjadikan aku lebih matang..


                                             
Posted by Unknown at Tuesday, October 22, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Tuesday, October 15, 2013

SALAM AIDILADHA

Setelah melihat banyak post yang dikongsikan oleh kawan-kawan aku di halaman facebook tentang nasib mereka yang terpaksa berhari raya di perantauan,oleh itu aku nak kongsi pendapat aku tentang sambutan hari raya di perantauan.Aku rase Hari raya adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap umat islam untuk balik ke kampung halaman masing-masing dan berkumpul bersama-sama keluarga tercinta setelah sekian lama sibuk menguruskan hal masing-masing. pada masa itu adalah peluang untuk bermaaf-maafan,bertanya khabar dan bergurau senda.Namun tidak semua dapat mendapat peluang untuk balik beraya di kampung halaman kerana terpaksa bertugas ataupun sedang menuntut ilmu di menara gading yang jauh dari negari asal.

Sesunguhnya jika terdapat halangan untuk pulang beraya merupakan saat yang paling sedih dalam hidup aku kerana terpaksa beraya seorang diri di perantauan,Aku rasa saat yang paling sedih apabila takbir raya jelas kedengaran.

Aku pernah menhadapi situasi dimana aku terpaksa membuat pilihan untuk balik beraya aidiladha ataupun tidak.Saat itu aku sedang menuntut di kolej matrikulasi perlis,pada minggu raya haji itu ialah sama dengan minggu ulangkaji dan minggu seterusnya merupakan peperiksaan untuk semester satu program matrikulasi,selain itu cuti untuk raya haji jugak pendek.Namun setelah berfikir beberapa hari aku mengambil keputusan untuk pulang menyambut hari raya aidiladha di kampung halaman kerana aku  fikir jika aku beraya di matrikulasi aku tidak akan mengulangkaji pelajaran jugak kerana sadih dan tidak tenang disana memikirkan kampung halaman.

oleh itu,aku tidak menyesali keputusan yang telah aku ambil walaupun aku hanya dapat balik selama dua hari ketika itu,namun aku tetap berpuas hati dapat beraya bersama keluarga di kampung halaman setalah kembali ke matrikulasi balik aku rase dapat mengulangkaji dengan aman dan menjawab peperiksaan dengan tenang.
Posted by Unknown at Tuesday, October 15, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Monday, October 14, 2013

GANGGUAN ELEKTRIK


Ganguan bekalan elektrik jarang berlaku namun apabila ia berlaku boleh menyababkan aktiviti harian ataupun rancangan orang ramai terpaksa dibatalkan ataupun ditunda kerana dalam  keadaan gelap ataupun panas disebabkan kipas ataupun penghawa dingin tidak dapat berfungsi menyebabkan segalanya tidak dapat dilakukan dengan sempurna.contohnya apa yang berlaku pada hari rabu yang lalu dimana kebanyakkan kelas aku terpaksa dibatalkan disebabkan berlaku gangguan elektrik di ukm disebabkan oleh cabel elektrik yang terputus.

Selain itu aku pernah menghadapi keadaan dimana aku terpaksa bergelap dimalam raya aidilfitri selama 2tahun berturut-turut juga disebabkan ganguan bekalan elektrik,namun syukurlah iya hanya sementara tidaklah sampai pagi raya.Ganguan bekalan elektrik jugak boleh menyababkan ramai usahawan-usahawan rugi berjuta-berjuta ringgit kerana meraka tidak dapat menghasilkan produk jualan untuk dipasarkan disebabkan mesin-mesin atau jentera mereka tidak dapat berfungsi.

Setelah aku mencari maklumat tentang gangguan elektrik baru aku tahu yang terdapat 3kategori tentang gangguan bekalan kuasa iaitu kegagalan sementara,padam separa dan yang terakhir putus bekalan elektrik.Putus bekalan elektrik merupakan jenis gangguan elektrik yang paling teruk kerana jika berlaku putus bekalan elektrik,ianya mengambil masa dari berminit hinggalah berminggu-minggu untuk menbaikinya bergantung kepada punca bekalan elektrik terputus serta konfigurasi rangkaian elektrik.
Posted by Unknown at Monday, October 14, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema

Wednesday, October 9, 2013

SANGAT SERONOK TAPI MELETIHKAN

Pengalaman pertama aku sepanjang sebulan lebih aku berada di ukm yang aku rasa sangat mencabar ialah bila aku join aktiviti kelab xtreem-c kat kolej aku iaitu mendaki bukit broga sangat seronok dan penat sebab aku terpaksa bangun seawal 2 a.m supaya kami sempat untuk sampai dan mendaki puncak bukit broga untuk melihat pemandangan matahari terbit.setelah berkumpul di foyer dan makanan pagi telah siap diagihkan barulah kami bertolak ke bukit broga kira-kira pukul 4a.m.



perjalanan ke bukit broga mengambil masa selama 30 minit.Di awal pendakian,aku mendaki dengan semangatnya walaupun keadaan ketika itu dalam gelap maklumlah mendaki diawal pagi.apa yang dapat aku perhatikan jenis tanah disitu berselut dan apabila waktu hujan sukar untuk mendaki atau turun kerana keadaannya yang licin dan curam.setalah 20 minit mendaki aku sampai ke puncak pertama,mula-mula itulah kemuncaknya rupa-rupanya masih ada 2 puncak lagi yang perlu aku daki untuk sampai ke puncak yang sebenarnya.





selepas melepasi puncak pertama semangat untuk mendaki itu masih adawalaupun ia semakin berkurang sedikit demi sedikit.namun apabila melihat keadaan kecuramannya yang tersangatlah curam ditambah pula perut yang kosong menbuatkan aku putus asa untuk mendaki ke puncak yang ketiga.niat asal untuk melihat matahari terbit sudah tidak dipedulikan.namun atas kata-kata semangat dan sokongan dari kawan menbuatkan aku terus niat asal untuk mendaki ke puncaknya.akhirnya selepas 1jam lebih aku dan kawan-kawan berjaya sampai ke puncaknya.oleh itu aku rasa pengalaman itu sangat menyeronokan dan memenatkan.










Posted by Unknown at Wednesday, October 09, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: coretan kehidupan

Sunday, October 6, 2013

KEBAIKAN@KEBURUKAN MEDIA SOSIAL



kini media sosial bukan satu yang asing lagi bagi semua orang di dalam atau luar negara.laman sosial bermanfaat untuk berhubung dengan semua orang tanpa kira sempadan negara,negeri,daerah,bandar ataupun di kampung-kampung tanpa mengira waktu dan lebih mudah.ia juga senang untuk digunakan,oleh itu,semua peringkat usia boleh mengunakan media sosial.selain itu media sosial boleh digunakan untuk berkongsi ilmu ataupun tip-tip tentang pembelajaran bagi orang yang bergelar pelajar.malah media sosial contohnya facebook boleh manubuhkan kumplan mereka sendiri bagi mudah untuk menyebarkan maklumat bagi setiap ahli kumpulan tanpa perlu menelifon kepada setiap orang.walaubagaimanapun media sosial juga mempunyai kelemahan ataupun keburukan iaitu tidak semua orang boleh  mengunakan laman sosial kerana mungkin tiada talian internet di rumah meraka,unuk melayari laman sosial memerlukan talian internet.selain itu,tidak semua orang mengunakan laman sosial kearah kebaikan.ada sesetengah individu yang mngunakan laman sosial untuk kepuasan ataupun keuntungan mereka seperti menipu orang,menghina ataupun menyebarkan fitnah kpd orang yang mereka tidak suka.selain itu,maklumat ataupun gambar-gambar yg terdapat dalam media sosial tidak pasti tntang keselamatannya dan maklumat kawan media sosial mungkin tidak benar kerana kesahihan maklumat mereka tidak pasti kebenarannya.kesimpulannya,media sosial perlu diambil dari segi manfaatnya kepada kita dan tingalkan segala kelemahan ataupun keburukannya kerana ia akan menyusahkan kita kelak.
an 

Posted by Unknown at Sunday, October 06, 2013 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Labels: Tema
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ▼  2013 (30)
    • ►  December (7)
    • ►  November (11)
    • ▼  October (8)
      • TASIK KENYIR
      • TANGGUNGJAWAB
      • HUBUNGAN SEBELUM NIKAH
      • 7 MINGGU DI UKM
      • SALAM AIDILADHA
      • GANGGUAN ELEKTRIK
      • SANGAT SERONOK TAPI MELETIHKAN
      • KEBAIKAN@KEBURUKAN MEDIA SOSIAL
    • ►  September (4)

Labels

  • coretan kehidupan (12)
  • info (2)
  • keluarga (1)
  • Tema (15)

Followers

Powered by Blogger.